Bab1
"Awak,good luck tau.' Kata Fadh kepada gadis pujaan hatinya. Namun gadis itu tidak memperdulikan ucapan fadh itu. Dia lebih tertumpu kepada pujaan hatinya yg sudah lama dia pendam. " Zain ' ye zain buah hati pengarang jantung intan payung emas payung kuning biru merah jambu si gadis lah.Zain merangkap ketua kepada semua pelajar SMK SERI JAGUH.
"Hari ini buat yg terbaik buat sekolah kita.Kalau boleh rebut semua.'kata dari zain mula membakar jiwa si gadis ini. "Aku akan menang untuk tarik perhatian zain kat aku.' Rancangan si gadis mula berbaur keegoan daripada dirinya. Bunyi wisel berbunyi semua peserta berlari tanpa menghiraukan riuh rendah sorakkan para penonton. Ada yang berlanggar antara satu lain,ada yang jalan bukan berlari. Zara berlari dengan penuh semangat.Hati nya ingin memiliki hati Zain. Zara berlari lebih hadapan daripada atlet sekolah mereka sendiri. Semangatnya di bakar habis. Zara mendapat tempat pertama untuk kali ini. Tembam tak semestinya tidak boleh menang. Semua orang terkejut dan ada suara yang mula mengutuk Zara.Zara tersenyum apabila beliau dapat menaikkan kembali nama SMK Seri Jaguh.
"Zara, saya bangga dengan awak. Tahniah dah naikkan balik nama Sekolah yang kita banggakan." kata2 Zain yang masih berbisik di telinga Zara. "Zara lajunya awak lari tadi.Penat saya nak kejar tau tak." kata fadh yang tercungap-cungap." Saya tak suruh pun awak kejar saya." balas zara dengan selamba.
Sesi persekolahan berjalan seperti biasa.Zara datang awal dari biasa. Dirinya terasa ingin di puji.Zara seorang yang sunyi sebenarnya. Tiada siapa yang ingin rapat dengannya. Hanya seorang sahaja yang ingin rapat dengan Zara iaitu Fadh. Tetapi Zara pula yang jual mahal. Semasa berjalan...
Maya:Wea aku nak story ni pasal Zara Mok tu.
Zana: Cepat story aku dengar ni.
Maya: Ada org cakap yg lari semalam tu bukan zara sebenarnya. Yang lari semalam tu tong sampah sebetulnya.
Zana:Patut bau dia semacam je semalam. Makin kuat pula bau dia kat sini. Cepat wea tak tahan aku.
Zana sengaja membuat aksi ingin muntah apabila nampak Zara sudah dekat dengannya. Zara hanya mampu terdiam tunduk sahaja. Hatinya sakit. Zara percepatkan langkahnya masuk ke kelas. Zara duduk paling hujung di dalam kelasnya. Mereka memang suka meminggirkan zara. Pernah sekali mereka patutnya bercuti tapi Zara langsung tak tahu menahu nasib baik ada Fadh yang sanggup ke rumah Zara walaupun jauh.
"Assalamualaikum,morning Zara. Awak dah sarapan?" kata fadh Yg sentiasa cuba mendekati Zara. "Waalaikumsalam,morning fadh.Awak duduk kejap boleh?" Kata zara. Fadh hanya turutkan saje. "Kenapa awak nak kawan dengan saya sedangkan ramai org yg nak kawan dengan awak. Dah lama saya nak tanya dengan awak." Fadh tersenyum apabila terdengar soalan daripada Zara."Awak nak dengar 1 cerita tak?" kata fadh. Zara terus mengangguk . Cerita dia macam ni.....
Beberapa tahun yang lalu, Waktu tu saya di masukkan ke dalam Hospital sebab badan saya lemah masa tu. Masa tu saya ada seorang je kawan baik dari jauh. "Dari jauh? Apa awak maksudkan?" kata zara. "Dia seorang budak perempuan yang tembam macam awak.Saya tak berani nak tegur dia. Sebab Malu." Kata fadh. Lama juga saya perhatikan dia. Masa tu dia Koma dah 2 tahun. 1 hari tu saya pergi dekat dia. Saya cakap "Assalamualaikum. Saya tahu awak boleh dengar suara saya. Nama saya Fadh.Saya dah lama nak berkawan dengan awak. Saya sunyi lah. Mulai hari ini kita kawan ye."Hari2 saya datang katil dia borak dengan dia.Allah lebih sayangkan dia. Nafas dia naik turun naik turun masa tu. Saya terus panggil nurse. Dia tak dapat di selamatkan. Nadi dia dah lama tak ada. Dia cuba kuatkan diri dia demi saya tapi dia tak mampu.Mulai saat itu saya cakap kat diri saya yg saya nak cari pengganti dia. Sekarang ni saya dah jumpa pengganti dia iaitu Awak." Tapi kenapa harus saya? " Sebab awak yang teristimewa Di hati saya." Kata Fadh dengan jujur. "Tapi awak tak tahu pun niat saya baik atau tak dengan awak?" Kata zara. "Maksudnya memang ada niat yang tak baik ye?" kata fadh.Zara hanya tersenyum.
No comments:
Post a Comment